MeMBeR yG BesH!

Wednesday, 7 December 2011

Doktor kepada Syaitan & Iblis


"Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan juga sering mengalami
sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya dalam usaha mengganggu dan
melalaikan manusia.Walau seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,
namun ada sejenis ubat yang mampu membantu memulihkan penyakitnya itu.

Boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan
tangan yang serius hingga dimasukkan ke wad ICU hospital syaitan dan
iblis. Tapi kita sebagai umat Islam jugalah yang rupanya bersimpati
dengan nasib iblis-iblis ini dengan memberikan mereka ubat supaya
sihat.

Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anak-anaknya
supaya pergi mengganggu umat Islam yang baru hendak solat di masjid.

 Apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia
untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah
azan.
Maka larilah iblis dan syaitan
yang dilaknat lintang pukang. Ada yang terlanggar bukit, pokok besar,
busut dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di
telinga mereka laungan azan.


Maka iblis-iblis tadi meraung kesakitan kerana cedera parah. Ada yang
patah tangan, yang patah kaki, yang patah leher, yang terseliuh dan
sebagainya. Lalu datanglah bapak ibis tadi.
Melihatkan kecederaan yang
dialami anak-anaknya, bapa iblis lalu memberitahu bahawa hanya ada satu
saja ubat yang boleh menyembuhkan kecederaan parah yang mereka alami
itu. Lalu bapa menyuruh anak-anaknya yang cedera agar pergi ke rumah
orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan
sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat mereka pergi ke
rumah orang Islam dan mencari orang Islam yang kencing berdiri lalu
melakukan sebagaimana yang diarahkan bapa mereka. Dengan serta merta
kecederaan mereka sembuh bagai sediakala. Sejak dari itu, anak-anak dan
keturunan iblis yang cedera parah akibat mengganggu manusia, akan pergi
mendapatkan air kencing orang Islam yang kencing berdiri untuk dijadikan
ubat.

Kesimpulannya, orang yang kencing berdiri inilah yang tanpa kita sedari
telah menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Ramai
mengetahui, orang lelaki kebanyakannya kencing berdiri, hinggakan
complexes pun menyediakan tempat kencing berdiri untuk orang lelaki.
Oleh itu, jangan kencing berdiri, kerana tentu kita tak mahu menjadi
doctor bagi syaitan dan iblis yang sentiasa menyesatkan umat, betul
tak??? 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.