MeMBeR yG BesH!

Monday 30 January 2012

Tahniah Along & Kak Long

Salam.. Ya allah Letihnya harini..rase nk amik MC je..hujung minggu yang ku jangka sangat lapang dan free tibe2 menjadi sangat sibuk..sabtu dan ahad aku dan keluarga mertua ku pergi ke hospital KPJ seremban kerana mendapat pangilan telefon dari abag iparku yang kak ain dah masuk wad..nak bersalin..mak mertua ku rase sgt2 gembira kerana akan menjadi nenek..almaklum la..cucu sulong daripada anak yg sulong..hihih..Tahniah mak ayah..dah naik pangkat dah jd datuk ngan nenek..hihi..walaupun penat..letih dah lelah ku hilang apabila melihat sekujur tubuh kecil di pangkuan ku..aku telah menjadi Mak Ngah!! yahuu.dah naik pangkat.. birasku telah bersalin secara normal di KPJ seremban pada 28/01/2012 pada pukul 3 ptg.. saat itu tiada kata2 yg dpt ku ucapkan..hanya tangisan kegembiraan mengiringi kelahiran seorang insan ke muka bumi...walaupun bukan anakku..tetapi aku sangat gembira..itu la gembira dalam tangisan..entah bile aku akan dapat merasa melahirkn seorang anak.. aku benar2 teringin menjadi seorang ibu... Oh tuhan aku memohon kepada mu..makbulkan lah doaku Ya Allah... Tahniah Yer kak long dan along..semoga menjadi ibu bapa yang cemerlang untuk anak yang terbilang dah soleh..:-)

Friday 13 January 2012

aWAS...!!!!BAHAYA KAWEN DGN PROGREMMER....!!!

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

Jangan mencari terlalu sempurna..

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO .......

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang....
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu . ...

Tuesday 10 January 2012

OH..lamenye ku tinggalkan...

assalamualaikum dan selamat pg sume..

lame sungguh aku x datang menjenguk blog ni...dah berhabuk..sawang sane ni..maklum la..nk kejar due utk sistem epengambilan bulan februari ni..org2 mcm aku yg baru nk belaja ni agak lambt la buat..tu yg agak kelam kabut ..dan aku bz sgt2...nk bukak pun kadang sempat kadang x sempat.. ni pun sbb ade berite pasal gaji SSM bulan 1, tu aku update kejap... anyway..thanks for visiting this blog.. luv u all.. muahhh...

Bayaran gaji Januari berdasarkan SSM

2012/01/09 KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA