MeMBeR yG BesH!

Thursday, 29 December 2011

Xde Mood

Assalamualaikum..

Dah 2 ari x update blog aku..nasib xde sawang lg..bukan ape..ade benda nk story dlm ni..tp disebab kn masa yg ade x mencukupi utk aku so terus xde mood la nk ngupdate ..bz nk kena siapkan sistem yg lom siap.. meeting lg.. catat minit lg..(paling aku x suke..huhuh..berpinar mata nk catat minit..)..LNPT lg..huhuh.. mana satu ni.. aduiii.. thn depan la aku story yg baru ek..

Psl azam tahun baru aku ade azam..korang pun mesti ade azam kan...thn ni punya azam..ada yg dah capai..ade yg x capai lg..nnt aku combine kn dgn azam aku thn 2012.. so sesame la kite tgu kedatangan tahun baru yer.. Pape pun aku nk Ucapkan Selamat Tahun baru 2012 kepada semua kawan2.. salah silap sepanjang tahun 2011 aku mohon ampun dan maaf jika ade terkasar bahasa, termarah korang, terkecilkan ati korang, secara sengaja atau tidak, sesungguhnya yg baik dtg dari Allah..dan yg buruk tu dtg dr diri aku sendiri..aku jugak mohon halalkan makan minum aku sepanjang tahun ni k.. kalau aku ade hutang kat sesape yg aku lupe(betul2 lupe..bukan main2 ni) mohon bg tau aku..insya Allah aku akan langsaikan.. Selamat tgl tahun 2011..Jumpe lagi thn hadapan sbb aku mls nk update blog last day 2011 bcoz bz..:-) (macam lame je lg nk jumpe, pdahal tgl 2 hari..wekikiki)..:-)

Wassalam..

Tuesday, 27 December 2011

Diary sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik..sejap je masa berlalu...alih-alih dah masuk 27 disember 2011..tinggal 4 hari lagi jer untuk menghabis kan sisa2 penghujung tahun 2011.. macam2 suka duka tahun ni yang aku tempuhi...dari pada yang sedih, pilu, sehinggalah yang gembira..banyak tarikh2 sejarah yang akan menjadi kenangan dalam hidupku sepanjang tahun 2011.. sekali imbas peristiwa yang berlaku di dalam hidup ku pada tahun 2011 ini :

03/01/2011 - satu-satunya adik ayah ku, iaitu makcik ku telah kembali kerahmatullah... tiada lagi tawa riang di wajah makcik yang di kasihi.. semoga roh allahyarhamah sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah..

30/03/2011 - Hari ulang tahun ku yang ke 26..semakin meningkat dewasa aku kini, tertapi tiada perubahan..aku seperti dulu..Tetapi ini adalah ulang tahun aku yang paling bermakna kerana, pertama kalinya aku meraikan ulang tahun ku sebagai seorg isteri kepada Mohamad Faiz. mohamad Arif.. Sebagai tanda kasih aku menerima sebuah HandPhone.. Thanks syg..:-)

02/04/2011 - Kegembiraanku menyambut ulang tahun tidak lama kerana aku disentap oleh berita yang amat mengejutkan dimana Datukku yang amat kusayangi  telah kembali kerahmatullah... tiada lagi kunjungan menaiki moto, tawa, gula2 yang selalu atuk berikan kepada aku setiap kali dia datang kerumahku..oh..Atuk..aku amat merinduimu..semoga dikau berbahagia disana disamping nenek tercinta.. semoga roh allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah..

30/04/2011 - Family day Ofis aku semasa aku di SUK melaka..Kami meraikan Family day di Rompin Pahang, x ingt nama resort selama 3 hari 2 malam..tp best sgt...dan saat paling memalukan bile aku kena karaoke..wahhh...aku kena berduet dgn hubby..mcm bunyi guruh suara aku..xbest langsung..cian suami aku..xpasal2 semua lagu aku die kena nyanyikan..kami menyanyikan lagu..JamalAbdillah& sarah raisuddin lagu (sayang menyayang).romantik x....hihih..kenangan x akan aku lupekan smpai akhir hayat.. tp part yang paling menyedihkan dan menyentuh hati aku bile aku disuruh berucap untuk kali terakhir..kerana majlis ini juga adalah majlis perpisahan untuk aku..kerana ini kali terakhir aku berkhidmat di Suk Melaka..pasni bermulalah perjalanan kerjaya ku yang baru di Putrajaya. Terima kasih kepada semua Staf BPTM, pengarah..pegawai2 kanan..rakan-rakan di BPTM..korang mmg best.. I always miss u There.. ingat daku dalam doamu..

03/05/2011 - Saat yang paling aku tunggu- tunggu dimana aku berjaya membuat permohonan pertukaran ke putrajaya, ini bermakna, aku dah bole berada disamping suami ku...Alhamdulillah..Aku bahagia Tuhan.. Terima Kasih kerana perkenankan doaku..Kau telah permudahkan segala urusan hidup ku..alhamdulillah.. walaupun aku berasa sedih meninggalkan tempat kerja lama ku, dan rasa gemuruh untuk memulakan kerja di tempat baru, tetapi aku redha Ya Allah..semuanya demi sebuah tanggungjawap aku sebagai seorang isteri untuk berada di samping suami ku..sejak Itu, bermula lah episod kerjaya aku Di Kementerian Kesihatan Malaysia dan aku tinggal bersama mertuaku di Ampang..

21/05/2011 - Majlis Perkahwinan Abang ipar ku..Along..abang kepada suami ku... Tahniah kepada Along dan Isteri..semoga berbahagia hingga akhir hayat..Hantaran along semua daripada hasil kerja tanganku..:-) Alhamdulillah..semua berpuas hati..

01/08/2011 - Bermula Puasa bagi umat islam didalam bulan ramadhan..dan aku bersyukur..untuk pertama kalinya aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri..Ya allah..sungguh besar nikmatmu yang telah Kau berikan Kepada kami sekeluarga..semoga Kau sentiasa meredhai hubungan kami hingga akhir hayat...Aku bahagia..:-) 

30/08/2011 - Saat yang aku tunggu..Yahoooo..dapat beraya disamping suami tersayang.. gembira bukan kepalang untuk meraikan hari raya bersama suami tersayang..:-) sedondon kelabu di pagi raya..kami sambut beraya di melaka..dipagi hari ku kucup tangan suami tanda minta ampun dan maaf dari segala dosa yang aku lakukan terhadapnya..dan kuterima balasan kucupan didahi.. Ya Allah..aku benar2...Bahagia...Sesungguhnya Nikmatmu Amat Besar Ya Allah... Kami beraya sakan di melaka..seminggu tanpa pulang ke Kuala Lumpur.. tetapi petang raya pertama, kami tetap berjumpa Ibu dan keluarga suami ku di PD..memohon ampun dan maaf.. dan aku masih kembali ke melaka untuk meneruskan hari2 yang indah selama bercuti hari raya ini...:-)

02/10/2010 - Genap setahun Aku menjadi Isteri Kepada Suami yang pengasih dan penyayang..Mohamad Faiz b. Mohamad Arif.. Percayalah sayang..dikau tiada penganti dalam hatiku untuk selamanya.. Susah dan senang telah ku lalui bersama mu selama tempoh ini..Aku bahagia..Kau suami yang sangat istimewa di hatiku. dan seluruh nadiku..semoga hari2 mendatang..kite akan lebih bahagia. dan tabah untuk mengharungi liku2 kehidupan yang mendatang...dengan ikatan yang suci ini..Semoga Ikatan ini terpatri hingga akhirat sana..aku ingin menjadi isterimu jua diakhirat nnt..Amin..

07/10/2011 - Setelah 5 bulan aku tunggu..akhirnya permohonan kuaters aku diluluskan..:-) seronoknya..dapat la aku memulakan kehidupan baru bersama suami ku..hanya kami berdua.. Ya Allah x sabarnya nak pindah..kami nk berdikari sendiri.. aku ambil kunci pada pagi 7/10/2011..terima kasih kepada teman2 ku..mai, sue, yan kerana menemani ku semasa melihat rumah kuaters ku.. Thanks all.. 

09/10/2011 - eksaited sgt dapat kuaters baru..aku dan suami cuci rumah..sehari semalam..kerana mahu pindah secepat mungkin..kami amat berpuas ati dengan rumah tersebut..amat selesa utk kami berdua..:-) Alhamdulillah..kami ambil cuti hari isnin semata2 untuk membeli peralatan rumah.. kami ambil masa 2 minggu untuk menyediakan segala peralatan asas untuk kami memulakan hidup baru di rumah baru..di putrajaya.. dari bangi ke nilai, ke ampang, ke kajang, ke alamanda, semua barang kami lihat dan yang berkenan kami beli..
habis duit simpanan aku dan suami..hohoh..Padan muka..masa beli x ingt dunia..hihih.. xpelah..asalkan aku berpuasa hati..

18/10/2011 - Waktu yang dinantikan...setelah setengah bulan aku menyiapkan rumah baru ku sehingga sesuai untuk didiami...kami memulakan episod baru dalam kehidupan aku sebagai suami isteri didalam rumah baru.. seronok tidak terkata..aku bebas untuk berbuat apa sahaja..suami ku juga sangat gembira..kerana disinilah segalanya bermula..dari A-Z..kami pikul bersama..Aku sungguh Bahagia..Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah untuk Cinta Ini..dan aku semakin bersemangat untuk pergi kerja kerana, rumah ku begitu hampir dengan tempat kerja ku..alhamdulillah...

21/11/2011 - Ulang tahun Kelahiran Suami ku yang ke 27..Selamat Ulang Thn kelahiran sayang... abang dah semakin matang..dan semakin megerti isterimu ini..hihi i likeeee... semoga di ulang tahun ini..abg sentiasa diredhai Allah..dan sentiasa di murahkan rezki..semoga rumah tangga kite berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah hendaknya..amin..Sayang Abg Kuat-kuat..Hugsss~

26/11/2011 -  aku ambil cuti panjang..dari 23/11/2011 - 28/11/2011 ..abang kandungku melangsungkan perkahwinan..akak ipar ku orang sarawak..Tahniah Abg pul dan kak zakiah..semoga berbahagia hingga akhir hayat..:-) bertambah lagi ahli keluarga dalam keluarga besarku..Alhamdulillah..

13/12/2011 - dapat berite menggemparkan..adik ku yang baru lepas SPM mengalami kecelakaan jalan raya..  semoga adikku tabah untuk mengadapi dugaan ini..Syukur kecederaan yang dialami tidak serius.. Alhamdulillah..Tetapi nasib insan yang melanggar adik ku tidak baik kerana, beliau telah kembali kerahmatullah..Alfatihah..semoga roh simati dicucuri rahmat...

27/12/2011- aku sedang mengenang memori suka duka aku sepanjang tahun 2011 dan terhasil la diary ini..
dan aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok...

Wassalam...



Thursday, 22 December 2011

Kisah Lucu (Dialog Suami Isteri) - Bahasa Inggeris

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya :-

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula ?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu ?

Wednesday, 21 December 2011

Tips Mengelak dari Penyakit

ASSALAMUALAIKUM.....

Berikut ialah cara-cara kebersihan, mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan yang dipetik dari amalan Rasulullah SAW dan pengamal perubatan Islam.

1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan Nya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al-Qur'an akan lanjut usianya.

2. Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"

Alhamdulillah, Anda Terpilih!!!

Mungkin sudah pernah membaca, tapi tetap bagus untuk reminder...Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
==================================================
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dividen ASB 2011

Assalamualaikum semua... selamat pagi...

Owh sungguh riangnya pagi ini..baca2 berite kuar pasal dividen ASB..alhamdulillah..
bertambah la sedikit simpanan yang ada..tahun ni dividen + bonus je dah cecah 8.8%.. naik la sikit daripada tahun lepas...pastu naik gaji lg tahun depan..syukur..syukur.. kepada yang berkemampuan keluarkan la sedikit zakat anda, kerana zakat menyucikan harta dan membersihkan jiwa..selamat beramal.. :-)

Monday, 19 December 2011

Artikel untuk Ibubapa dan Bakal Ibu Bapa..

Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...




Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

Friday, 16 December 2011

Renungan Di petang Jumaat

BAJA MUHASABAH DAN TAUBAT
(Ringankan Bebanan Memudahkan Perjalanan)

Takwa mempunyai baja-bajanya dan apabila ramuan-ramuan yang sesuai digunakan, takwa akan hidup dengan suburnya. Antara baja yang diperlukan untuk kesuburan takwa ialah muhasabah dan taubat. Umat Islam perlu berani merenung ke dalam diri dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Khalifah Omar ibn Khattab pernah berkata, "Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah." Mereka yang berani melakukan muhasabah dan kemudiannya membuat perubahan yang positif ke atas diri sendiri, merekalah orang-orang yang akan berjaya. Dalam surah Ali Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas terbabas melakukan kesilapan. Allah mengiktiraf mereka sebagai golongan yang bertakwa.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum..


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 

Amalan Sebelum Tidur

Pesan dan berpesan antara kita.... 
SEBELUM TIDUR 


Tafsir Haqqi) 

Rasulullah berpesan kepada Aisyahra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu: 


1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... 


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? 

Luasnya Neraka....Masya Allah..


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,
kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &
semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

  Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

  Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah
segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

  .: Luasnya Neraka :.

Thursday, 15 December 2011

Contoh Pemindahan Gaji - Lampiran C4

Assalamualaikum..

Untuk Panduan semua bagaimana pengiraan gaji Kakitangan awam. Sumber maklumat (beritasemasa.com)


Alhamdulillah...Wassalam..

Tuesday, 13 December 2011

Cerita tentang katak kecil



Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...
 
… yang berlumba lari 
Tujuannya adalah 
mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. 

Dosa Berkuku Panjang

Assalamualikum


Sekarang ramai yang pakai cincin... tapi ikut suka dia je.. sunnah entah kemana..


Berkaitan dengan hal ini juga untuk dikongsi ilmu
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua  babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Keterangan Reflexsologi

Assalamualaikumm..


Just check this out...... 

The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the organs are on right and left foot, the heart is on the left foot.

Pengetahuan Am tentang Kitab Al-Quran

Monday, 12 December 2011

Adakah Pokok Ini memakan semua Binatang???

Assalamualaikum..

Buat Renungan dan tatapan semua.. gambar2 ini diperolehi daripada emel yang telah dihantar oleh kawan2.. TQ for Sharing..


Hanya Ingin Mengingatkan ...

 Assalamualaikum ...

Hanya Ingin Mengingatkan ...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

BacaLah Surah Yaasin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. 
Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 

Friday, 9 December 2011

Hari Jumaat membezakan ibadah umat terdahulu

Keistimewaan Hari Jumaat


JUMAAT adalah penghulu segala hari. Pada hari ini umat Islam akan berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat.
Pentingnya hari ini kepada umat Islam kerana pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkannya ke dalam syurga, dikeluarkan darinya dan pada hari itu juga akan terjadinya kiamat.

Pada hari ini juga asalnya, umat terdahulu digesa untuk melakukan ibadah kepada Allah. Namun, mereka memilih kesesatan. Oleh kerana kesesatan itu, maka orang Yahudi memilih Sabtu sebagai hari besar mereka. Orang Nasrani pula memilih hari minggu (Ahad) sebagai hari peribadatan mereka, sedangkan Allah menetapkan pada umat yang terakhir ini ialah Jumaat. Pada hari itu, Dia menyempurnakan penciptaan makhluknya iaitu pada hari keenam. 

Kesan Solat Akhir Waktu



Assalamualaikum..


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....  
Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang 
ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya?.. 

Khasiat Kurma, Kismis dan Madu Mengikut Islam


Sabda Rasulullah  s.a.w 

"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya." 

Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali. Mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat dan bukan penyebab 
kencing manis. 

6 Soalan yang ditanya Oleh Imam Ghazali kepada Muridnya..

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama ," Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ". 


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati"Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? ". 

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. 


Kisah Tauladan : Seribu Keinsafan

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan 
buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak 
kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya 
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru 
kira-kira 11 tahun: 

"Mana emak? " 
"Mak pergi menoreh," jawabnya. 
"Mana bapak?" 

Thursday, 8 December 2011

Sebutir Kurma

Cuba renungkan bersama dan ambil iktibar dari cerita ini semoga kita peroleh keberkatan dalam hidup ini.
Wassalam. 





  


SEBUTIR KURMA 


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram. 

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. 

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

Assalaamualaikum... 

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk. 




1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali 
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri 
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di 
Ankara . 

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau 

Asal Usul Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

Wanita Ciptaan Istimewa



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat 
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki 
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur 
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan 
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan 
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi 
setelah dia masuk ke liang kubur. 

Tunjukkan dimana Tuhan!

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.


Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-


Wednesday, 7 December 2011

Jangan, jangan dan jangan!!


Jangan
 sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita (yang bukan disengajakan).

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Keluasan Neraka Yang Amat Dasyat

Betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya.... 
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubahmukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." 

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." 

TAULADAN : Kisah Kasih

kisah kasih sayang.......cube hayatinye........ 


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.  Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu   tangan yang menjadi  keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen  dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan  panjang sedepa di tangan ayah. "siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. 

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik  menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Info Kesihatan


1. MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati. 
a. Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c. Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Rintihan Roh


Diriwayatkan: ''Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: ''Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.'' Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: ''Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.'' Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah. 


Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: ''Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.''

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Kisah Moden Penuh Teladan
















Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

Wahai Suami Hargailah Isteri anda......

Gambar: Sekadar Hiasan 

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,  Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Kisah Empat Isteri Ku

Assalamu'alaikum wm.wrt.

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Ini kerana isteri keempatnya adalah yang tercantik di antara ke semua isteri-isterinya itu. Maka, tidak hairanlah lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. 

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain dan meninggalkannya kesepian. 

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini.

Doktor kepada Syaitan & Iblis


"Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan juga sering mengalami
sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya dalam usaha mengganggu dan
melalaikan manusia.Walau seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,
namun ada sejenis ubat yang mampu membantu memulihkan penyakitnya itu.

Boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan
tangan yang serius hingga dimasukkan ke wad ICU hospital syaitan dan
iblis. Tapi kita sebagai umat Islam jugalah yang rupanya bersimpati
dengan nasib iblis-iblis ini dengan memberikan mereka ubat supaya
sihat.

Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anak-anaknya
supaya pergi mengganggu umat Islam yang baru hendak solat di masjid.

Tuesday, 6 December 2011

Aku, Kau berbeza...Aku, Kau istimewa...




LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.

10 Mayat Istimewa di Akhirat

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka.

Tujuh kalimat



Sabda Rasulullah S.A.W :

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan

Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa.

Saturday, 3 December 2011

50 Keistimewaan seorang wanita



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik da ripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan

Friday, 2 December 2011

Pedoman Hidup

Tujuh golongan mukmin mendapat perlindungan perkara melalaikan


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi

Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada

sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya 
ialah pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam 
mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ada tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak
iaitu:

Di manakah ALLAH meletakkan Sangkakala Malaikat IZROFIL?




Sekitar enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.

Keajaiban Azan Di Seluruh Dunia Tanpa Kita Sedari




AZAN, kita hanya mendengar 5 kali sehari. Itupun kadang-kadang ada juga waktu yang tidak sempat atau dapat kita dengar. Namun satu fakta yang jarang diketahui ramai, azan sebenarnya sentiasa bersambung berkumandang di seluruh dunia.

Thursday, 1 December 2011

Saintifik : Hikmah Sujud




Disini saya mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kelebihan sujud iaitu :
Waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. 
Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggangmembetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  2. Melegakan sakit hernia.
  3. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.