MeMBeR yG BesH!

Thursday 22 December 2011

Kisah Lucu (Dialog Suami Isteri) - Bahasa Inggeris

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya :-

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula ?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu ?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya ?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPU S
tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...
Hahahah.. Padan muke suami yang ade niat nk kawin banyak..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.