MeMBeR yG BesH!

Thursday 1 December 2011

Memelihara Janggut.




Memelihara janggut adalah merupakan satu permasalahan umat Islam masa kini. Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi saw. yang bermaksud :

" Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik,peliharalah janggut dan cukurlah kumis."
( HR Bukhari )

Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis,iaitu supaya berbeza dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksudkan "orang-orang musyrik" di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api,dimana mereka itu biasa mencukur janggutnya bahkan ada yang menguntingnya.


Perintah Rasulullah ini mengandungi pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai keperibadian tersendiri serta berbeza dengan orang-orang kafir zahir dan batin,yang tersembunyi atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan.Sebab janggut adalah merupakan lambang kesempurnaan seorang lelaki dan tanda-tanda yang membezakan dengan kaum hawa.

Namun demikian,bukan bererti sama sekali tidak boleh memotong janggut di mana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan terlalu panjang menjadi menjijikkan dan kelihatan selekeh. Oleh itu janggut yang demikian perlulah di gunting kemas.

Sesetengah ulama berpendapat : Bahawa kebanyakkan umat Islam kini yang mencukur janggutnya itu adalah disebabkan meniru musuh-musuh Islam dan kaum penjajah dinegeri-negeri mereka. Sebagaimana kelazimannya,bahawa orang-orang yang kalah sentiasa meniru orang-orang yang menang.Mereka melakukan hal itu jelas telah melupakan perintah Rasulullah yang menyuruh supaya kita ini umat Islam berbeza dengan orang-orang kafir.

Kebanyakkan ahli-ahli yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggut itu berdalil perintah Rasulullah saw. seperti yang tersebut dalam hadis Nabi saw,yang bermaksud :

" Barangsiapa menyerupai suatu kaum,maka dia itu termasuk golongan mereka." ( HR Abu Dawud )
Sedang tiap-tiap perintah asalnya wajib,lebih-lebih lagi Rasulullah saw sendiri telah memberikan alasan dan perintahnya supaya kita berbeza dengan orang-orang kafir....dan berbeza dengan orang-orang kafir itu sendiri hukumnya adalah wajib.

Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajipan ini.Tetapi ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggut kerana terpengaruh dengan keadaan semasa. Mereka ini berpendapat bahawa memelihara janggut itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiyah,bukan persoalan syara' yang harus ditaati.

Tetapi hakikat sebenarnya bahawa memelihara janggut itu bukan sekadar fi'iliyah..bahkan telah ditegaskan pula dengan perintah dan disertai dengan alasan supaya berbeza dengan orang kafir.

Maka dengan ini saya menasihati diri saya sendiri dan mengajak anda semua,marilah kita memelihara janggut bagi membezakan bahawa kita ini sebagai umat Islam yang mana jelas berbeza dengan orang-orang kafir seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.

(sumber)

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.