MeMBeR yG BesH!

Friday 2 December 2011

Keajaiban Azan Di Seluruh Dunia Tanpa Kita Sedari




AZAN, kita hanya mendengar 5 kali sehari. Itupun kadang-kadang ada juga waktu yang tidak sempat atau dapat kita dengar. Namun satu fakta yang jarang diketahui ramai, azan sebenarnya sentiasa bersambung berkumandang di seluruh dunia.
keajaiban-azan-2Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.
keajaiban-azanPerbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
  • Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
  • Azan disyariatkan untuk solat, kelahiran bayi, bencana alam, kebakaran dll...


 Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)
1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...

90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku di dalam gelombang ini. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..

Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapa pentingnya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.

Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung (kekadang otak kiri) tetapi diseru (sepenuh hati/jiwa - gunakan otak kanan), perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, badan kita akan rasa ringan dll...

Terapi Azan:

Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..
Dan jika rumahtangga dalam 'kepanasan', Azan di dalam rumah tersebut, insyaAllah..rumah akan tenang..
Untuk anak yang degil,diAzankan... insyaAllah...

Amalkanlah Azan.. banyak sangat kelebihan..
p/s : boleh melihat video di youtube Fenomena keajaiaban Azan

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.