MeMBeR yG BesH!

Friday 16 December 2011

Amalan Sebelum Tidur

Pesan dan berpesan antara kita.... 
SEBELUM TIDUR 


Tafsir Haqqi) 

Rasulullah berpesan kepada Aisyahra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu: 


1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... 


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? 

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 

1. Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. 
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" 

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 



wassalam...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.