MeMBeR yG BesH!

Tuesday 27 December 2011

Diary sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik..sejap je masa berlalu...alih-alih dah masuk 27 disember 2011..tinggal 4 hari lagi jer untuk menghabis kan sisa2 penghujung tahun 2011.. macam2 suka duka tahun ni yang aku tempuhi...dari pada yang sedih, pilu, sehinggalah yang gembira..banyak tarikh2 sejarah yang akan menjadi kenangan dalam hidupku sepanjang tahun 2011.. sekali imbas peristiwa yang berlaku di dalam hidup ku pada tahun 2011 ini :

03/01/2011 - satu-satunya adik ayah ku, iaitu makcik ku telah kembali kerahmatullah... tiada lagi tawa riang di wajah makcik yang di kasihi.. semoga roh allahyarhamah sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah..

30/03/2011 - Hari ulang tahun ku yang ke 26..semakin meningkat dewasa aku kini, tertapi tiada perubahan..aku seperti dulu..Tetapi ini adalah ulang tahun aku yang paling bermakna kerana, pertama kalinya aku meraikan ulang tahun ku sebagai seorg isteri kepada Mohamad Faiz. mohamad Arif.. Sebagai tanda kasih aku menerima sebuah HandPhone.. Thanks syg..:-)

02/04/2011 - Kegembiraanku menyambut ulang tahun tidak lama kerana aku disentap oleh berita yang amat mengejutkan dimana Datukku yang amat kusayangi  telah kembali kerahmatullah... tiada lagi kunjungan menaiki moto, tawa, gula2 yang selalu atuk berikan kepada aku setiap kali dia datang kerumahku..oh..Atuk..aku amat merinduimu..semoga dikau berbahagia disana disamping nenek tercinta.. semoga roh allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah..

30/04/2011 - Family day Ofis aku semasa aku di SUK melaka..Kami meraikan Family day di Rompin Pahang, x ingt nama resort selama 3 hari 2 malam..tp best sgt...dan saat paling memalukan bile aku kena karaoke..wahhh...aku kena berduet dgn hubby..mcm bunyi guruh suara aku..xbest langsung..cian suami aku..xpasal2 semua lagu aku die kena nyanyikan..kami menyanyikan lagu..JamalAbdillah& sarah raisuddin lagu (sayang menyayang).romantik x....hihih..kenangan x akan aku lupekan smpai akhir hayat.. tp part yang paling menyedihkan dan menyentuh hati aku bile aku disuruh berucap untuk kali terakhir..kerana majlis ini juga adalah majlis perpisahan untuk aku..kerana ini kali terakhir aku berkhidmat di Suk Melaka..pasni bermulalah perjalanan kerjaya ku yang baru di Putrajaya. Terima kasih kepada semua Staf BPTM, pengarah..pegawai2 kanan..rakan-rakan di BPTM..korang mmg best.. I always miss u There.. ingat daku dalam doamu..

03/05/2011 - Saat yang paling aku tunggu- tunggu dimana aku berjaya membuat permohonan pertukaran ke putrajaya, ini bermakna, aku dah bole berada disamping suami ku...Alhamdulillah..Aku bahagia Tuhan.. Terima Kasih kerana perkenankan doaku..Kau telah permudahkan segala urusan hidup ku..alhamdulillah.. walaupun aku berasa sedih meninggalkan tempat kerja lama ku, dan rasa gemuruh untuk memulakan kerja di tempat baru, tetapi aku redha Ya Allah..semuanya demi sebuah tanggungjawap aku sebagai seorang isteri untuk berada di samping suami ku..sejak Itu, bermula lah episod kerjaya aku Di Kementerian Kesihatan Malaysia dan aku tinggal bersama mertuaku di Ampang..

21/05/2011 - Majlis Perkahwinan Abang ipar ku..Along..abang kepada suami ku... Tahniah kepada Along dan Isteri..semoga berbahagia hingga akhir hayat..Hantaran along semua daripada hasil kerja tanganku..:-) Alhamdulillah..semua berpuas hati..

01/08/2011 - Bermula Puasa bagi umat islam didalam bulan ramadhan..dan aku bersyukur..untuk pertama kalinya aku menyambut ramadhan sebagai seorang isteri..Ya allah..sungguh besar nikmatmu yang telah Kau berikan Kepada kami sekeluarga..semoga Kau sentiasa meredhai hubungan kami hingga akhir hayat...Aku bahagia..:-) 

30/08/2011 - Saat yang aku tunggu..Yahoooo..dapat beraya disamping suami tersayang.. gembira bukan kepalang untuk meraikan hari raya bersama suami tersayang..:-) sedondon kelabu di pagi raya..kami sambut beraya di melaka..dipagi hari ku kucup tangan suami tanda minta ampun dan maaf dari segala dosa yang aku lakukan terhadapnya..dan kuterima balasan kucupan didahi.. Ya Allah..aku benar2...Bahagia...Sesungguhnya Nikmatmu Amat Besar Ya Allah... Kami beraya sakan di melaka..seminggu tanpa pulang ke Kuala Lumpur.. tetapi petang raya pertama, kami tetap berjumpa Ibu dan keluarga suami ku di PD..memohon ampun dan maaf.. dan aku masih kembali ke melaka untuk meneruskan hari2 yang indah selama bercuti hari raya ini...:-)

02/10/2010 - Genap setahun Aku menjadi Isteri Kepada Suami yang pengasih dan penyayang..Mohamad Faiz b. Mohamad Arif.. Percayalah sayang..dikau tiada penganti dalam hatiku untuk selamanya.. Susah dan senang telah ku lalui bersama mu selama tempoh ini..Aku bahagia..Kau suami yang sangat istimewa di hatiku. dan seluruh nadiku..semoga hari2 mendatang..kite akan lebih bahagia. dan tabah untuk mengharungi liku2 kehidupan yang mendatang...dengan ikatan yang suci ini..Semoga Ikatan ini terpatri hingga akhirat sana..aku ingin menjadi isterimu jua diakhirat nnt..Amin..

07/10/2011 - Setelah 5 bulan aku tunggu..akhirnya permohonan kuaters aku diluluskan..:-) seronoknya..dapat la aku memulakan kehidupan baru bersama suami ku..hanya kami berdua.. Ya Allah x sabarnya nak pindah..kami nk berdikari sendiri.. aku ambil kunci pada pagi 7/10/2011..terima kasih kepada teman2 ku..mai, sue, yan kerana menemani ku semasa melihat rumah kuaters ku.. Thanks all.. 

09/10/2011 - eksaited sgt dapat kuaters baru..aku dan suami cuci rumah..sehari semalam..kerana mahu pindah secepat mungkin..kami amat berpuas ati dengan rumah tersebut..amat selesa utk kami berdua..:-) Alhamdulillah..kami ambil cuti hari isnin semata2 untuk membeli peralatan rumah.. kami ambil masa 2 minggu untuk menyediakan segala peralatan asas untuk kami memulakan hidup baru di rumah baru..di putrajaya.. dari bangi ke nilai, ke ampang, ke kajang, ke alamanda, semua barang kami lihat dan yang berkenan kami beli..
habis duit simpanan aku dan suami..hohoh..Padan muka..masa beli x ingt dunia..hihih.. xpelah..asalkan aku berpuasa hati..

18/10/2011 - Waktu yang dinantikan...setelah setengah bulan aku menyiapkan rumah baru ku sehingga sesuai untuk didiami...kami memulakan episod baru dalam kehidupan aku sebagai suami isteri didalam rumah baru.. seronok tidak terkata..aku bebas untuk berbuat apa sahaja..suami ku juga sangat gembira..kerana disinilah segalanya bermula..dari A-Z..kami pikul bersama..Aku sungguh Bahagia..Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah untuk Cinta Ini..dan aku semakin bersemangat untuk pergi kerja kerana, rumah ku begitu hampir dengan tempat kerja ku..alhamdulillah...

21/11/2011 - Ulang tahun Kelahiran Suami ku yang ke 27..Selamat Ulang Thn kelahiran sayang... abang dah semakin matang..dan semakin megerti isterimu ini..hihi i likeeee... semoga di ulang tahun ini..abg sentiasa diredhai Allah..dan sentiasa di murahkan rezki..semoga rumah tangga kite berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah hendaknya..amin..Sayang Abg Kuat-kuat..Hugsss~

26/11/2011 -  aku ambil cuti panjang..dari 23/11/2011 - 28/11/2011 ..abang kandungku melangsungkan perkahwinan..akak ipar ku orang sarawak..Tahniah Abg pul dan kak zakiah..semoga berbahagia hingga akhir hayat..:-) bertambah lagi ahli keluarga dalam keluarga besarku..Alhamdulillah..

13/12/2011 - dapat berite menggemparkan..adik ku yang baru lepas SPM mengalami kecelakaan jalan raya..  semoga adikku tabah untuk mengadapi dugaan ini..Syukur kecederaan yang dialami tidak serius.. Alhamdulillah..Tetapi nasib insan yang melanggar adik ku tidak baik kerana, beliau telah kembali kerahmatullah..Alfatihah..semoga roh simati dicucuri rahmat...

27/12/2011- aku sedang mengenang memori suka duka aku sepanjang tahun 2011 dan terhasil la diary ini..
dan aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok...

Wassalam...



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.