MeMBeR yG BesH!

Wednesday 21 December 2011

Dividen ASB 2011

Assalamualaikum semua... selamat pagi...

Owh sungguh riangnya pagi ini..baca2 berite kuar pasal dividen ASB..alhamdulillah..
bertambah la sedikit simpanan yang ada..tahun ni dividen + bonus je dah cecah 8.8%.. naik la sikit daripada tahun lepas...pastu naik gaji lg tahun depan..syukur..syukur.. kepada yang berkemampuan keluarkan la sedikit zakat anda, kerana zakat menyucikan harta dan membersihkan jiwa..selamat beramal.. :-)

TAHUNDIVIDEN (%)BONUS (%)JUMLAH (%)
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20077.801.008.80
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, PNB memperuntukan bayaran sebanyak RM7.04 bilion melibatkan 7.3 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB.Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember ini, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, yang mana pendapatan dividen pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion.''Keuntungan dalam penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sejumlah RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion melalui pendapatan pelaburan instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,'' kata beliau ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.